Thursday 25 November 2010

Simple But Elegan~


So sweet, masa aku dok belek FB tadi.Cantik sgt design baju pengantin.Simple but nampak elegan..Warna Putih dan Hitam...agak menarik.Macam nk kawen plak, jgn pikir bukan2x..just for fun je..cuci mata org kata.Nanti aku nk check pelamin dan hantaran plak..huhu~

Bertunang Hanyalah Alam Transit…

Dalam kalangan masyarakat kini, ramai yang bertunang dalam jangka masa yang lama kerana merasakan diri mereka masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

“Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang.”


Begitulah, antara lain, senikata lagu “Jangan Tunggu Lama-lama” nyanyian kumpulan Sweet Charity yang popular pada tahun 80-an dahulu. Lirik ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama kerana dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat.

Banyak sebab mengapa perkahwinan ditangguhkan dan tempoh pertunangan dipanjangkan. Hendak berkahwin banyak halangan, maka rata-ratanya bertunang dahulu agar ikatan terpatri
bersama kekasih hati Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan proses ‘menaiktaraf’ alam pertunangan tersebut. Jangan bertunang lama-lama kerana alam pertunangan hanyalah alam transit. Singah lama-lama di lokasi transit akan hanya mengundang letih, jemu, dan ‘putus bekalan’.

Lantaran itu alam pertunangan ialah alam berkembang dalam kawalan. Perkembangan mesti digalakkan, namun kawalan mesti diutamakan. Jika lemah kawalan, segeralah menghapuskan had batasan dengan melangsungkan perkahwinan. Hukum Allah swt sentiasa yang paling utama. Oleh itu apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan yang terbatas ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka dalam berfikir dan juga berbicara. Buangkan segala prasangka buruk yang merugikan lagi melalaikan. Ada yang berpendapat pertunangan adalah satu proses berkomunikasi. Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul.

Komunikasi, seperti yang kita sedia maklum adalah sunnatullah. Perbincangan mengenai hal-hal seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan, malah isu-isu sensitif seperti perancangan anak, semua itu adalah perlu. Jika tiada komunikasi, tentu keperluan-keperluan ini sama ada akan diabaikan, atau dibina atas andaian dan sangkaan masing-masing saja. Ikatan pertunangan bukan sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.

Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim. Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunang. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin. Ikatan pertunangan hanya satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya. Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa-apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Wednesday 24 November 2010

End of Year..

Ku Pejam, Ku Celik..dah nak ujung tahun.Ala hai...byk benda pending lg neh.Terlalu byk suka duka aku lalui.Tahun neh, aku telah mencapai salah satu azam aku..iaitu sambung study.Hopefully, aku dapat abiskan dengan selamat.Tinggal 2 je azam aku..blum tercapai..nak wat lesen kereta dan beli kereta sendiri.Insyaallah, moga Allah permudahkan.Aku hope 2011, akan aku lalui saat gembira dan kemanisan.Bulan 12 menjelma, hari kelahiran ku..apa aku nak ye??...kalo nak, mcm2 aku nak..hishish...

Monday 22 November 2010

Nothing to say...

Adakah aku terlalu m'busykan diri ku ini?? Ada kawan2 cakap aku xde masa untuk dorang..mcm mana nak jawab?..aku rasa aku wat aktiviti berfaedah, dan masih ada sesuatu perkara yang aku belum tercapai.Aku nk bekerja keras untuk mencapai yea.Maaf la kawan2x, if aku terabaikan korang, xsengaja pun.Aku pun xtau kenapa, istilah melepak mcm dah malas bagi aku..MASA ITU EMAS, so kita kena hargainya.Lagipun, sejak aku sambung belajar aku terlalu kena fix kan masa aku.Insyaallah kawen korang, aku usahakan untuk attend.

Friday 12 November 2010

Trip to Bukit Tinggi, Pahang



Gerbang...

Lokasi perjalanan kami..

Dalam train otw...

07 Nov 2010, kami bergerak ke Bukit Tinggi, Pahang kira-kira pukul 2.00 ptg.Hari tuh,mmg asyik hujan tp..just hujan renyai2x.Tak pernah menjejaki kan kaki, akhirnya sampai jua.Sampai sana, mmg sejuk maklum la berada di puncak bukit.Kami kena naik train untuk ke sana..tp sekejap sahaja around 2-3 minit.Memulakan destinasi, kena turun naik tangga..mak aii..penat jugak ar..dr sejuk terus jadi panas.kelakar betol.Kami tgk japanes spa, snap pic sudah tentu ar.Lebih2 si Mek Jue tuh..hehe.Rugi, kalau pegi sana nak ambil gambar..but camera Mek jue battery low, nasib ada Hp aku yang masih banyak baterry..ingat nak repeat g sana lagi..xpuas siot.Terasa tenang ajer bila berada kat sana.Sapa2 yg tak pernah g...sila2 la ke sana..xrugi..tp masuk kena bayar tau..dewasa RM12..tp puas hati la.

Trip To Bukit Tinggi with Mek Jue & Ayu
Sweet Memory on 07 Nov 2010.

Dinner wiTh Ex Smkpgas 99-03


Hari Sabtu pun kena keje, adoii.Mood untuk update blog.06 Nov 2010, aku telah selamat organizer 1 dinner bersama my ex school iaitu student SMKPGAS,Pahang.Allhamdulilah, aku panjatkan kerana semua berjalan dengan lancar dan aku berjaya membuat kelainana pada event kali ini dan nampak grand gitu.Pada mulanya, aku risau kerana ramai yg xbagi yes/no untuk attend the dinner, bape org pun..event tetap berjalan gak.Seperti yg tak disangka2x, dalam 11 org kawan2 dan campur partner..dalam 20 org gak.Aku happy sgt dan dorang lagi ar..excited sbb tempat makan yg cantik kata ya..Bora Ombak, Ampang.Haha, walaupun ada yg sesat on the way ke sini..maklum ar..tempat ye terceruk cikit.Di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada 2 org photograph yang sudi dtg dan snap2 pic..dan melayan karenah akak2 dan abg2 neh.Thanks a lot to "Pendekar Photographer".Aku ada juga menyediakan doorgift seperti Keychain dan Muffin.Semua mmg berjalan dengan lancar dan mantap tuh.Semua happy dan aku walaupun penat tp tersenyum lebar kerana apa yg aku plan berjalan dengan lancar.

Terima Kasih atas kehadiran dan sokongan korang semua..
Next event..holiday trip ~~~

Tuesday 9 November 2010

Memaafkan Dan Melupakan Kecurangan...

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!

OMG...

Ya Allah, kau berikan hamba mu ini kekuatan untuk menempuhi segala ujian dan kau berikan aku ketabahan dan kekuatan untuk terus menghadapi dengan kuat.Terlalu perit untuk aku telan, terpaksa jua aku redha.Kasih syg yang aku curahkan, rupanya panas ditengah hari.Kepercayaan dan kejujuran dah tiada erti oleh seorang lelaki.Mungkin, ini Allah nak tunjuk pada aku.Aku bersyukur kerana Allah s.w.t telah memberikan aku kebenaran.Langit xselalu yang tinggi, will see what happen one day?...aku no komen.Malas nak kaji masalah demi masalah, wat otak aku kusut jer.

Sunday 7 November 2010

Realiti...

Kenapa sesetengah manusia, cepat kabur setelah berjaya dan berada di atas.Org kata lumrah kehidupan.Aku rasa statement itu adalah kenyataan yg benar.Setelah berjaya,org yg berada di sisi dan org yg memberikan sokong blum tentu akan terus dihargai.Sebaliknya, akan terluka dan pengakhiran yg belum pasti.Saat manusia itu jatuh, org yg berada di sisinya selama neh akan terus berada memberikan semangat untuk bangkit.

Thursday 4 November 2010

Cuti oh Cuti

Hari neh, last keje then cuti panjang.Apa nak buat??.Pasti Sabtu aku ada event kat Bora Ombak,Ampang.X sabar rasa yea, nak tggu hari sabtu.Hopefully, semua berjalan dengan lancar.
Esok apa planning ye?..xtau plak nak g mane.Kalo g area gombak, conform jalan jem giler so baik di elakkan.