Monday 28 February 2011

Everything...everything

Ermm..no more FACEBOOK..and FACEBOOK...becouze fb, everything done.Aq dah penat sgt pikirkan hati n perasaan org lain, why ssh sgt org nk faham apa yg tersurat n tersirat dalam sanubari aq.Aq bukan budak2 @ kanak-kanak riang untuk terus berperangai seperti kanak-kanak yang xcukup matang.Semakin usia aq meningkat, terlalu byk benda aq pelajari.Aq hanya nak kan respect on my privacy...knp perlu pikir macam-macam seperti bdk2...aq rasa masing2 dah cukup besar dan blh pikir secara rasional n matang.

Maybe aq xdpt jadi yg terbaek dlm kehidupan ye?? Tapi aq dah cuba, dan terus mencuba tp masih ada kekurangan.Aq sedih dgn keadaan mcm neh, terlalu byk dugaan yg Allah nk duga aq...Aq perlu berhadapan n mengatasinya..aq manusia yg serba kekurangan juga, aq xperfect mana.Biar masa yg tentukan, hanya Allah yg tentukan kehidupan aq pada masa hadapan.

Aq nk pergi jauh, tp g mane ye??...g ke suatu tempat yg org lain xkenal aq...biar pun bunyi mcm lari dr masalah, tp itulah hakikat yg aq nk buat..mencari ketenangan dan kejar impian aq.Aq yakin dgn doa n petunjuk dr Allah, insyaallah...aq blh mengatasinya.Moga kita semua mendapat kebahgiaan yg kita cari selama ini.

C-la @ Hunny

Friday 18 February 2011

Tips Sebelum Bertunang

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.

Thursday 17 February 2011

So stress...don't ask me!!!!

Hey, lama plak xupdate gugu gaga hunny aq neh..no idea.I'm so stress right now!!!..Dugaan datang dan bertimpa2x..aq tempuhi jugak walaupun keserabutan di kepala otak aq neh.Aq tahu setiap owg punya masalah tersendiri, beza masalah itu besar @ kecil dan mcm mane seseorang itu tempuhinya.Adakah kekuatan fizikal dan mental aq kuat?? Buat masa sekarang semua masih terkawal.Aq minta maaf, pada owg disekeliling aq..bkn aq sengaja mengelakkan diri or bad mood.Nothing to talk, right now..because dalam kepala otak neh byk benda nak kena settle.Aq need space untuk bernafas dan untuk cari jalan penyelesaian.Plz understand me..xtau sapa mengerti hati, perasaan dan masalah aq neh.Hopefully, everything done faster and aq ley back to normal..Please doakan aq yea..untuk aq kuatkan semangat dan tabah dalam mengharungi kehidupan ini.

Thanks pada kawan-kawan yang ada jugak yg menemani aq,sekaligus reda seketika masalah aq ini.Aq tau U all semua cuba happy kan aq..thanks for eveything.

C-la@hunny

Sixth Sense - Sepi

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari

Mentari pagi
Bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini
Menatap engkau menangis sepi

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari

Friday 11 February 2011

Bunga Citra Lestari - Karena Ku Cinta Kau (Official Video Clip)

Kerispatih - Mengenangmu


Sangat Sedih...huhu...Cinta mu abadi....

Wanita by Siti Nurhaliza

lagu ni sangat sedap.

Bagai mencintai seseorang, tanpa terlalu mengharap balasan, tidak terhegeh-hegeh.

Tidak menafikan perasaan. Ia cuma lagu yang menyatakan cinta.

Cuma meladeni rasa sendiri. Dan bergembira dengan kehadiran rasa cinta dalam diri.

Suka sangat.