Sunday 29 April 2012

Berapa kuat jodoh anda dengan si dia?

Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi.

Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-

Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita 

Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang.

 

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi

Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi.

 

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!

Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai.

 

Jangan serahkan pada takdir semata mata

Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan.

Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam.

 

 

 

 


Wednesday 25 April 2012

S A N T A I BFF






Yezzaaa...nak sharing dgn u all...dah lama x maen bowling bola pun ntah ke mane..malu je asyik x kena...semalam aq follow kwn2 aq maen bowling dekat Ole-ole Shah Alam..hobby dorang aq tgk suka sgt main bowlin, xpun karaoke...first time main, selalu aq hanya jadi penonton...tp semalam kena main..abis kantoi skill ntah apa2...belasah jelah..tp semalam aq dpt RM3..sebab dpt jatuhkan semua pin..konon bagi semangat la...heheh....happening sgt..walaupun group aq hanya Gee, Rin, Lysa dan Jaa..yelah group ngah merangkak mana leh campur dgn super duper bowling..heheh
After abis game bowling, apa lagi time to minum and lepak2 even dah pukul 2.00pagi..mengantuk seh..tp layan jelah lgpun tumpang jaa...

Monday 23 April 2012

Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.

Thursday 19 April 2012

Secret of Happy Couples

The meaning of love

Love is not about what you take or get. Love is about the beneficences you give with nothing to lose. Just give away without hoping in return. If you love, you should happy when you give. Don't worry about the return that you'll get, because what you give is what you will get. Falling in love is not about the other person. Falling in love is about you. 

If you want to be a happy couple, practice your love

With love, you can be a happy couple. If you want to be a happy couple, you should love yourself, your couple, & your God. Here are the love trilogy concept for you to be the happiest couple in the world:

1. Love Yourself

Love your self first before you love somebody else. Love yourself, and you will do & take all the good thing for you. And also, you will leave anything that useless for you. If you love your self & you want to get married, ask your self:
  • Who is the right person for me?
  • Does he/she have good attitudes? So, I never feel worry about our future relationship.
  • Will he/she care for me?

2. Love Your Couple

If you love your couple, think about what you should do to give the best for your couple & family. If your couple hurt you, ask your self first, what did you do that make your couple hurt you? Then, ask your self, what should you do to solve this problem?

3. Love Your God

Realize that you & your couple is only a human being who can become different & die. For example, now, he is handsome, in the future, he becomes an old man. Now, he is alive, in the future, he becomes a dead man. Vice versa with she. Don't worry about that. I bring a good news for you who have a God. God have created anything pair. He has created man, He also created woman. He has brought you to life, He will also bring you to dead. So, don't be worry, He have create anything pair for you. You should love your God above all. God bless you.
Below is the blueprint pic of happy couples love trilogy:



OH Berhijab !!!

Bertudung, Muslimah atau Berhijab adalah 1 perkataan dan maksud yg sama..tiada berbeda okay..tp aku suka perkataan berhijab..mcm sedikit unik..lately dah ramai artis yg berhijab, allhamdulilah.Aku juga terdetik untuk berhijab tp secara perlahan-lahan..kalo terus berhijab confirm jadi separuh masa berhijab..maksudnya kejap pakai, kejap x pakai..tp memang rasa safety je if we wearing hijab kan?? ada yg habaq aku nampak ayu if berhijab..kembang kejap aku..haha, apapun aku hope dpt kekal berhijab dan sokongan kawan2 dan family.Aku ada idola atau admirer bab berhijab...mereka adalah: -


Sapa x kenal bintang youtube..YUNA, penyanyi paling popular..i like so much..fashion yg funky and stail yg sempoi and bersahaja..


Cik Heliza, bintang AF..cute kan dia...cara dia berhijab pun sgt2 comel...sejuk je bila tgk cara penampilan dia yg muslimah gitu...

**picture copy+paste dari gooole image

Wednesday 18 April 2012

10 Pertanyaan Sebelum Melamar Si Dia

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Thursday 12 April 2012

Jelajah Bukit Tabur 11.04.2012

 Bersama krew2, sebelum bergerak

 Aq sudah berada di puncak Bukit Tabur

Beriadah seketika, makan rendang ayam dan roti


Jeng2, siap posing bersama bendera Malaysia

Akhirnya sampai jua, itulah Bukit Tabur
 
Aq nk share dgn korang satu pengalaman yg baru aq rasakan, sakittt dowh 1 badan..jalan pun kangkang sudah..haha..Hari Rabu 11.04.2012, sedara aq Ayu invite join trekking bukit tabur kat Taman Melawati..xpernah2 aq naik bukit..aq agree utk join ayu n the geng..malam tuh aq lepak umah ayu sebab pepagi kul 8.00 nk gerak..pakcu dan awie join gak..kitaoran semua first time..kira2 20 org yg join..
Memang mencabar fizikal dan mental aq beb..jatuh,tergolek semua ada..hahaha, lawak dowh.Aq kuatkan semangat sebab nk naik atas bukit tuh..masa dlm hutan tuh, boleh plak hujan..lagi extremm....beb..sampai puncak x salah dlm kul 1.00 gitu, siap berkelah makan2..hehe before turun..penting sesi shooting memang ade..ayu and the geng siap bawa baju kurung konon2 bershooting di atas bukit gitu..best group dorang..
Otw turun, kitaorang ikut jalan balak..sebab jalan terlalu licin dan x ambil risiko ikut jalan hutan..jauh jugak la...tetiba boleh kuar celah Kemensah dekat2 banglo2 mewah..jalan kaki plak untuk keluar..pelik org sekeliling tgk kitaorang yg dah kotor dan comot2, especially aq la..dgn baju dan kasut..hahah..apapun ianya satu pegalaman yg best sesgt, tp....pastu 1 badan aq sakit dowh..jalan pun x betol...

SuRpriSe BzDay AHWei



10.04.2012 kawan aq Ahwei sudah kena wakenabeb dgn aq da kwn2..haha..Aq kena plak bawa si Besday Boy g Klang Parade.Kwn2 yg lain semua dah get ready kat sana..petang tuh aq terus g C4 bukit rimau beli Cake da brg2 bezday, tunggu si Zahar dtg umah collect semua brg2 sebab ikut plan Zahar and the geng g sana terus untuk setup semua..Finally semua berjalan dgn lancar, paling x sangka Ahwei sikit pun x rasa kitaorang nk kenakan dia...tp bila sampai kat basement parking, kantoi plak si besday boy nampak kete bdk2 ney, dia dah cuak2 ajak g tempat lain..terpaksa la..aq wat lakonan untuk yakin dia..aq terus g bilik karaoke 306...akhirnya "WakeNabe".....hahaha, paling tip top Besday Boy kena tepek telur baikk punyer..haha...thanks pada mereka2 yg sudi join meriahkan event malam tuh....next karok sampai lebam..

Sunday 1 April 2012

Trip to Kuantan





30 April 2012, berangkat ke Indera Mahkota Kuantan, bercuti bersama family di rumah makcik dan pakcik..Asal planning aq nk ke Bukit Tinggi, Pahang bersama bersama si dia, tp plan telah bertukar gara-gara hujan n banjir di rumahnya..dlm kul 1.00pagi kami sekeluarga selamat sampai ke kuantan, hujan renyai-renyai di sana...syokkkk sgt tido..kat sana tahap makan agak melampau..macam2 makan..kenyang perut x terkata..malam minggu pakcik bawa jejalan kat benteng da teluk cempedak..kira mcm town kuantan la..siap ada ala-ala uptown tau...jgn main2 ingat KL je ada...heehe...

Hari Ahad, berispa-siap nk ke wedding kawan papa dan kenduri tahlil orang kampung lama kami di Kampung Chat...biasalah bila dah berjumpa-jumpa waris..makan lagi laa...kami..hehe...perjalanan ke Mentakab umah Nenek Chik, sampai juga...hehe, semata-mata nak hantar I/C anak dia yg tertinggal kat umah masa kenduri arwah nenek hari tuh...Nenek Chik wat mee kari..slurpppp..sedap beb...makan lagi...
perut dah ada macam2 makanan kot...dalam kul 8.30malam kami berangkat pulang ke Kota Kemuning, dah lama x join family jejalan...syok jugak...hehe