Friday 22 February 2013

Feb 2013 yang busy !!!

Perghhh post yang tersangat la busy katakan...hehehe...berakhirnya sudah februari dan welcome march.Bulan 2 2013 adalah bulan yang tersangat busy buat dirku, syukur allhamdulillah aku panjatkan ke yang Maha Kuasa kerana memberikan rezeki yang x terhingga..semoga rezeki aku akan terus melimpah ruah..AMIN.Business HCE semakin maju, dan tempahan buat masa sekarang x putus-putus..walaupun tempahan sikit..tapi aku bersyukur dgn rezeki yang ada..aku selalu berdoa supaya aku dijauhi sifat sombong dan hasad dengki..supaya aku x lupa diri dan belajar erti syukur...insyaallah.Banyak yang aku idamkan utk business aku, aku doa semoga success sokmo !!!

Sunday 3 February 2013

Sedih : Pilu : Sebak

 

Selamat Hari Ulangtahun Ayah, Selamat Hari Ulangtahun Ayah, Selamat Hari Ulangtahun Ayah
hanya mampu wish dan luahkan kat sini sahaja, bukan lupa atau saja2 lupa tapi terpaksa pendam kan segala-galanya..mampu berdoa dari jauh untuk Ayah.Semoga Ayah diberikan rezeki yang melimpah ruah,kesihatan yang baik dan bahagia bersama yang tersayang.Walaupun hubungan kita renggang tapi hubungan anak dan ayah x kan putus kan?? sbb syela adalah anak ayah dan ayah adalah ayah syela..itu yg tertulis..tapi kita terpaksa berjauh atas sebab2 tertentu dan ini yang terbaik untuk ayah dan juga untuk syela.Syela dah cuba untuk dekat tapi semuanya terhalang..syela x pernah nak benci ayah dan x boleh benci ayah sebab syela tau kebenarannya.Syela mampu memerhati dari jauh..walaupun luaran nampak endah x endah tapi syela ada perasaan sebagai seorang anak..Kita sama2 berdoa semoga ayah dan syela diberikan peluang untuk bersama-sama dan gantikan masa yg terbuang dulu.Syela xde sapa2, arwah mak dah xde dan ayah tetap ayah syela..walaupun mcm2 dugaan yang menimpa syela.

"Selamat Hari Lahir AYAH "

Saturday 2 February 2013

He ENGAGED ok !!!

Assalammulaikum, selamat pagi pada semua rakan2 blogger ku..cewahh..mukadimah katakan !!!
Semalam  aku xtau samada perasaan aku jelous, frust atau sebaliknya..aptb
Tapi apa yang aku tersangat terkejut, nasib xde  sakit jantung beb..semalam lepas habis kerja aku terus balik x merayap mana..hati x senang je..sementara tunggu shuttle bus, aku belek2 fb..pastu wassup..sekali terkejut beruk aku nampak satu pic wassup sorang mamat tuh "Mr.P"..picture display wassup dia sudah bertukar..apakah benar semua ini dan apa yg aku tengok?? OMG, he engaged already !!!! aargghhhh...
Dengan berani aku taip message dan send kepada Mr.P tersebut sbb nak kan kepastiaan..and he reply to me and say "YES"..stuck kejap aku..xtau nak ckp perasaan ketika itu happy atau sedih..but aku x la feeling sangat kat dia cuma terkezut..hahaha..katanya pilihan mak n family dia, sbb dia banyak kali kecewa and terus accept pilihan mak dia and aku reply "good"..semoga dia bahagia bersama tunang dia, actually aku dgn Mr.P tuh x la couple ok..pernah close and close tp ntah kenapa hubungan agak suram..sbb masa tuh ada gak kawan aku syok kat dia, so aku biasalah menjauhkan diri..masa berlalu dan terus berlalu..finally dia jumpa pujaan hati dia..tp bukan kawan aku tuh tp pilihan mak dia..doakan yg terbaik.


Bila hati ku sayu . . .


Ya Allah, hati aku sayu sangat..tatkala bertemu ayah yg lama aku x ketemu..ini bukanlah jejak kasih tapi realiti sebuah kehidupan yang aku lalui..tika ini dan saat ini aku redha jika ini jalan kehidupan aku.Aku terima segalanya dgn ikhlas..tp x salah kan kalau aku nak nyatakan atau luahkan bahawa aku teramat jelous pada mereka atau teman-teman lain yang mempunyai sebuah keluarga yg sempurna + perfect..Ya Allah jika aku perolehi segalanya, tentu hidup aku bahagia seperti mereka..Aku hanya mampu membawa diri dan berdikari untuk teruskan kehidupan ini.Aku harus tempuhi segala dugaan dan cabaran hidup di luar sana.Aku akui kadang kala aku tersangat lemah dan memerlukan sokongan dari keluarga juga tapi itu semua hanya boleh terjadi dalam mimpi tidur yg terindah..mustahil semua itu akan berlaku, sekiranya diberikan peluang untuk aku dan ayah ku bersama..aku bersyukur ke hadrat illahi dan aku akan hargai peluang tersebut..Aku cuba tersenyum walaupun hakikatnya aku cemburu dgn mereka-mereka yang punya tempat mengadu dan ada sokongan moral dari ayah,ibu dan adik beradik mereka.Ya Allah, aku terima segala ujian yg diberikan pada aku dan selalu berdoa semoga aku diberikan petunjuk ke jalan yg di redhai dan jauhi segala mungkar..insyaallah.