Saturday 29 September 2012

Dugaan yg x pernah habis . . .

kenapa mesti ada perasaan hasad dengki?? ianya mmg telah tercipta sejak azali, maybe...
Apa yang korang rasa, jika korang sikit pun xde sentuh atau jentik pun seseorang, alih-alih nama korang dah diburukkan, mesti sakit hati yg teramat kan?? hanya org yang mengalami sahaja tahu betapa sakitnya terkena..
Kadang-kala, kita baik orang xtau..kdg2 kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain sehingga hati sendiri x terjaga?? tp kita tetap akan dipandang serong atau orang lain akan dengki...
boring sungguh, adakah patut kalo kita x perlu berlaku terlalu baik..sbb bila terlalu baik, seolah kita x dpt apa..tp kuasa Allah hebat, cuma cepat atau lambat je pembalasan pada mereka tersebut..
Seriusly, kdg-kala aku memang x dpt tahan semuanya, sebab dari kecik hingga sekarang semua serba x kena, bila aku dpt menikmati kehidupan seperti orang lain..paling sakit hati aku x kaco orang..tp orang yang kaco aku..nasib badan, kira orang tuh prihatin la kat aku, mcm artis plak nok !!! haha..

Friday 14 September 2012

apa tuh HCE??

assalammulaikum, first sekali allhamdulillah pada illahi kerana rezeki yg telah diberikan kepada aku..dan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus maju ke hadapan..angan-angan terlalu tinggi dan aku x nak angan-angan seperti mat jenin..akhirnya, segalanya berlaku secara step by step..aku harap dapat teruskan dan sabar dalam meneruskan usaha aku dlm mengejar cita-cita.
HCE atau lebih dikenali HunnyCreations Event adalah satu simbolik nama yg aku create untuk small business aku, seriusly memula sukar sangat untuk aku perkenalkan nama HCE, lebih wat marketing di Facebook..selama 9 bulan lebih hingga hari ini, semua beransur perlahan-lahan dan nama HCE semakin dikenali, aku agak teruja sebab diberikan kepercayaan oleh orang lain..aku happy sangat2x..terima kasih pada kawan-kawan yg sudi membantu dan m'promote business aku.Actually ada beberapa perkhidmatan yang aku sediakan :-

+ Catering
+ Doorgift
+ Printing
+ Supply Bahulu Inti / Kek Lapis Sarawak

Sehingga kini, setiap bulan ada je tempahan yg masuk, terima kasih byk2 Allah..kerana diberikan rezeki kepada hambamu ini.Aku harap dpt kembangkan lagi business impian aku yg dulu aku x pernah impikan..
Lepas raya tempahan semakin m'dadak, aku harap dapat siapkan dgn cukup sempurna..

Thursday 6 September 2012

Plan oh plan


cantik x decoration gambar kat atas tuh?? simple kan??
Itulah design kedai yg bakal disiapkan, tp lama lg dekat 2 bulan..tapi pejam celik, mcm kejap je...
Hopefully semuanya okay, dpt berjalan dgn jayanya..sebenarnya x terlintas untuk buka kedai baju..tapi my lovely cousin ajak join dia . . . mcm rezeki datang bergolek, insyaallah berkat kesabaran semua akan tercapai . . .

Monday 3 September 2012

Nak kawen ke x . . ??

Pas raya, musim kahwin plak datang..soalan sensitif betol la..dan seram sgt2 bagi aku sebab dah xtau nak bagi alasan kukuh apa lagi, alahai badan . . ntah bila nak kawen-kawen ye. . .Kadang2x, xtau sebab aku aku x pikir soal kawen, kdg2 rasa x sabar, kdg2 rasa not now . .but..until when??
Apa sebenarnya yg melanda diri aku ney, soal bf lak..sekarang aku agak susah nak percaya atau terlalu berharap, mungkin sebab byk kali di kecewakan..hehehe...jom share apa yg aku dapat dari tenet..

8 sebab kenapa wanita tak kawen-kawen ( terasa aku ok !! )

1.  Belum sampai jodoh
- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.
2. Terlalu memilih
- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
3.  Takut dapat suami yang tak baik 
- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…
4.  Pernah putus cinta
- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…
5.  Tak mau dikongkong
- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.
6.  Pentingkan kerjaya/karier
- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’lelaki   dalam melakukan apa2 kijer.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak   tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….
7.  Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.
8.  Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most mentak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik toksah kawin langsung…





Saturday 1 September 2012

02.09.2012

Kini sept datang lagi, tinggallah segalanya pada august yg lepas...
Kini, aku rasa dugaan semakin mencabar mental dan fizikal aku . .
Aku cuba tersenyum, walaupun di sebaliknya aku terlalu stress . .
Aku cuba menyimpan segalanya masalah di dalam hati dan jiwa aku , tiada sapa yg tahu. .
YA ALLAH, berikan aku kekuatan menempuhi segalanya dengan baik dan redha dgn setiap ujian-Mu ..
Mungkin, aku telah lupa atau lalai dlm kewajipanku , semoga aku diberikan jalan yang terbaik . .
dalam mengatasi segala ujian yg melanda diriku, aku tahu tiada sapa yg dpt membantu diriku . .
melaluikan diriku sendiri dan sujud kepada-Mu  . . . amin


Riang Ria Aidilfitri

Bingkisan gambar sepanjang syawal 2012 . . .