Sunday 1 November 2015

Apakah rasanya Dicintai?, Disayangi?

Finally back berblog semula, setelah lama dan berhabuk jejari ku menaip di tinggalkan kerana kesibukan duniawi. Macam mana rasa dicintai dan juga disayangi? seriusly @ tak tahu kalau diri sendiri pernah rasa semua tuh..even ramai org boleh luahkan rasa syg dan cinta, tp itu semua tidak memberikan impak @ respond apa2 pada aku. Adakah aku ini dikira perempuan pelik? 

Ada orang cakap perempuan suka dibelai dan disayangi.. tp kenapa aku rasa itu semua macam tak ada apa2 dan aku tak kisah langsung pasal itu semua. Kadang-kadang cari punca tuh semua dari mana? kenapa aku tak ada perasaan macam itu semua. Aku rasa, aku banyak jaga hati orang lain dan cuba bahagiakan orang sekeliling aku, tanpa aku pedulikan apa yang aku suka dan aku nak !! tak de siapa yang pernah tanya aku !! Aku cuba puaskan hati semua orang, untuk lihat mereka bahagia dan senyum. Yes, aku pendam segalanya dan cuba tersenyum di depan semua orang untuk tutupkan segala kesedihan yang aku rasakan.

Ya, kita hanya mampu merancang, segalanya ALLAH yang tentukan perjalanan kehidupan kita, macam mana aku happykan mereka, sebaliknya jiwa raga aku memberontak. Adakalanya aku pikir, aku macam pentingkan diri sendiri dan tak hargai orang sekeliling. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku nak @ cari selama ini. Aku masih mencari2 siapa diri aku dan siapa diri aku !! Aku harap suatu masa, aku diberikan perasaan sayang dan cinta.


No comments: