Friday, 30 November 2012

1 month already, welcome december 2012

Allhamdulillah, syukur masih diberikan nafas di muka bumi ini.Hari neh telah masuk 1st December 2012..amin dan syukur sesgt masih diberikan waktu untuk terus bersama-sama family, sedara dan kawan-kawan.December 2012 datang lagi, bulan dec gak la bulan kelahiran aku..25/12..woww..26tahun already..still single and available (promote sikit)..hahaha..next month sudah masuk tahun baru..so, paling happy this year aku dpt penuhi cita-cita aku, iaitu abiskan study on time dan selamat konvo sudah pada 3.3.2012..amin ya allah, terima kasih kerana telah memenuhi impian hambamu ini..berikan aku kesihatan yg baik dan berikan aku petunjuk ke jalan-Mu..insyaallah.Get ready untuk impian next year 2013..

Wednesday, 28 November 2012

2 DALAM 1 okay !!!


Salam TengahMalam semua blogger's ku..hehehe...gembira sangat aku hari neh..why not kan??
2 dalam 1 okay !!! sapa tak gembira..rezeki datang bergolek eh..apalah yg aku merepek neh..just want to sharing dgn korang semua tentang good news yang aku dapat hari neh..SURAT OFFER LETTER DARI AIA, gitu..mcm dlm pic atas tuh !!! arghhhh...excited sungguh aku, nak rasa bekerja semula..thanks pada kawaku kerana tlg menyimpan surat keramat ini..insyaallah, aku dpt sesuaikan diri dan jalankan tugas dgn baik,cemerlang dan gemilang..walaupun ada sikit nervous sebab mama xtau lagi..sob sob sob..jom kita tgk good news kedua aku lak !!!


ehem ehem..nampak nama Hunny Creations Event tuh...jeng jeng jeng !!! Ya ALLAH syukur ke hadrat illahi atas rahmat dan rezeki yg diberikan..insyaallah aku dpt lakukan yang terbaik..baru permulaan dalam kehidupan aku, at least aku mencuba untuk diri sendiri dan sekaligus ianya merupakan asset untuk diri aku sendiri..semoga aku mendapat berkat doa dari family, sedara dan kawan-kawan..terima kasih pada mereka yang banyak membantu..

Monday, 26 November 2012

berhijab..insyaallah


Adakah ianya akan terus berkekalan hingga ke jannah?? aku pohon dan doa semoga hatiku kuat untuk terus berhijab..ramai yg terkejut dgn perubahan aku dan ada yg cakap perubahan aku begitu drastik.Apapun semuanya lahir dari hati sendiri..kak suriza ada tanya, kenapa aku berhijab?? aku terdiam dan m'jawab.." diri sendiri yg nak berubah dan berhijab bukan untuk sesiapa" kak suriza terus ucap allhamdulillah.x salah berhijab tapi berfesyen kira mcm up to date la..mestilah kan..itu kan imej setiap orang dan melambangkan keperibadiaan seseorang itu.Allhamdulilah, sekarang aku berhijab terutama g bekerja kerana itu adalah salah satu sebab aku nak biasakan memakai hijab..tapi btol org cakap, bila kita berhijab orang sekeliling ada perasaan respect kat kita..maksud aku, xde lah jejaka2 kat luar sana dok "siut" dan penting rasa selamat je sebab semua tertutup..kalo dulu aku akui orang kacau2 sebab tgk kecantikkan seorang perempuan tuh..

Thursday, 22 November 2012

di kala lepaking


Selamat tengah/hari, lewat benor masuk office hari neh..nasib partime kalau fulltime matilah aku..hehe..semalam lepaking dengan bdk2 sekolah menengah, semua unplan..kul 3 gitu baru balik...ya allah liat benor nak bangun pepagi tadi..rasa mcm nak tido dan tido..alahai badan janganlah manja sangat dgn daku..mcm2 yg diborak dan paling best sesi bahan-m'bahan lagi..pasal "instagram" pun leh jadi bahan..lawak bebenor..apapun persahabatan x terputus kalau kita belajar m'hargai sapa kawan kita...it's true kan?? ada masa terluang boleh la join sekaki..kalo pack dgn activities lain mmg x dptlah..

Wednesday, 21 November 2012

Istanbul lagi


Perghh..menarik dan tertarik the bbommm...hahaha.
layan abis citer istanbul aku datang !!!! rasa nak tgk dan tgk lagi... hahaha
suka suka dan sukanya saya dpt tengok citer komedi plus romantika..
cute je lisa surihani a.k.a wife kepada yusry kru neh...sweet plus comel sgt..
paling best ayat dia " x sabar x sabar " " publish" hahahaha
story more to about love atau long distance..lastly dpt cinta baru kat istanbul, so sweet..
kalau u all x tengok lg...g la layan best dan x rugi pun..lgpun bukan citer cinta sangat pun.

Friday, 26 October 2012

Suatu ketika dan kini

Aku seorang yang kecik molek orangnya even orang asyik cakap aku "pendek", tapi aku bersyukur kerana memiliki semua kesempurnaan kecuali ketinggiaan, xdelah pendek sangat kot (nak sedapkan hati,haha).Aku punya ramai kawan-kawan yg sentiasa mengambil berat dan menyayangi aku, aku juga amat sayang kawan-kawan aku..Aku anak tunggal, mak aku dah meninggal tika aku berusia 27hari..maka aku xpernah kenal atau jumpa arwah mak aku, tapi aku tau mak aku seorang yang kuat dan tabah.Nenek aku ckp, mak seorang yang sangat rajin bekerja dan baik..so tempias tuh adalah kat aku..sometimes aku rasa jeles dgn orang lain yang ada mak, yelah boleh manja2 dan gedik2 dgn mak dorang..aku pulak hanya mampu simpan dan pendam sahaja.Ayah aku seorang yang baik, tapi aku terpaksa jauhkan diri aku..walaupun seinci sbb untuk melihat ayah aku bahagia, aku lakukan.Kini usia aku dah 26 tahun, tp aku masih rasa mcm baru semalam dilahirkan.Zaman kecik-kecik korang mesti best kan?? Zaman kecik aku penuh dgn kepahitan dan kegelapan dan aku sendiri x percaya masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, tp adakalanya aku rasa x larat sangat2, penat sgt untuk menjaga hati orang lain sehingga hati aku mcm dah jadi batu belah batu bertangkup.Seriusly aku jeles tgk orang lain ada perfect family, ada mak dan ayah..kejayaan korang mesti dapat dikongsikan bersama.Aku plak, hanya senyum dan x dpt nak luahkan apa yang terbeku.Aku doa suatu masa, ALLAH berikan kesempatan untuk aku rasa kasih sayang dari ayah aku yang telah lama hilang.Kami mcm dah jauh sangat.Aku dah usaha, selebihnya biarlah ALLAH yang tunjukkan.Tapi aku selalu berdoa semoga aku dijauhkan perasaan dendam pada ayah aku, sebab aku xnak jadi anak derhaka..kalo nak ckp soal TERASA HATI atau MAKAN HATI semua tuh dah mcm makan minum aku..aku xtau kenapa jalan hidup aku sudah tertulis mcm neh..tapi aku redha dan x baik merungut.Kalau diberikan peluang, aku nak hidup berdua sahaja dgn ayah aku..aku xnak ada orang ke-3..aku nak ssh senang bersama ayah dan suka duka bersama..tapi aku tahu itu semua hanya mimpi atau citer dongeng.Aku paling hiba time meniti hari kelahiran aku, tiada wish dari ayah..tapi aku kena pikir kenapa ayah aku jadi macam tuh?? Aku x boleh nangis, aku kena kuat dan tabah..sebab ini adalah jalan kehidupan aku..aku tahu kalo perempuan lain ditempat aku, belum tentu mampu untuk teruskan kehidupan..tapi inilah realiti sebenar kehidupan aku, tersenyum dan gembira disebalik senyuman.

Happy AidilAdha 2012


26.10.2012 seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.Kedatangan Hari Raya Aidiladha kali neh disambut serba sederhana..allhamdulillah aku masih bernafas di muka bumi dan diberikan nikmat sehingga ke hari neh.. aku xtau kenapa Hari Raya kali neh aku lebih suka bawa diri dan menyepi, terlalu banyak aku tanggung sehingga x tertanggung rasanya..insyaallah, aku mesti kuat dan tabah.Biarlah apa orang nak kata, aku doa suatu masa semua akan terbukti..aku pohon pada-Mu.
Pagi-pagi Raya aku dah bangun dan bersiap2 untuk ke rumah nenek aku kat Kampung Pandan, nasib baik Mar nak temankan aku..aku naik teksi dari Pandan Indah, aku dah xnak m'yusahkan sapa2..Tapi x dpt ikut serta ziarahi pusara mak, sbb kete x muat..xpelah insyaallah tahun depan aku ada kete dan x harap pada sesiapa pun.Aku takut ada yg pandang rendah pada aku, tapi ALLAH Maha Kuasa, insyaallah aku dapat apa yang aku idamkan, cuma cepat atau lambat sahaja.