Sunday, 1 November 2015

Apakah rasanya Dicintai?, Disayangi?

Finally back berblog semula, setelah lama dan berhabuk jejari ku menaip di tinggalkan kerana kesibukan duniawi. Macam mana rasa dicintai dan juga disayangi? seriusly @ tak tahu kalau diri sendiri pernah rasa semua tuh..even ramai org boleh luahkan rasa syg dan cinta, tp itu semua tidak memberikan impak @ respond apa2 pada aku. Adakah aku ini dikira perempuan pelik? 

Ada orang cakap perempuan suka dibelai dan disayangi.. tp kenapa aku rasa itu semua macam tak ada apa2 dan aku tak kisah langsung pasal itu semua. Kadang-kadang cari punca tuh semua dari mana? kenapa aku tak ada perasaan macam itu semua. Aku rasa, aku banyak jaga hati orang lain dan cuba bahagiakan orang sekeliling aku, tanpa aku pedulikan apa yang aku suka dan aku nak !! tak de siapa yang pernah tanya aku !! Aku cuba puaskan hati semua orang, untuk lihat mereka bahagia dan senyum. Yes, aku pendam segalanya dan cuba tersenyum di depan semua orang untuk tutupkan segala kesedihan yang aku rasakan.

Ya, kita hanya mampu merancang, segalanya ALLAH yang tentukan perjalanan kehidupan kita, macam mana aku happykan mereka, sebaliknya jiwa raga aku memberontak. Adakalanya aku pikir, aku macam pentingkan diri sendiri dan tak hargai orang sekeliling. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku nak @ cari selama ini. Aku masih mencari2 siapa diri aku dan siapa diri aku !! Aku harap suatu masa, aku diberikan perasaan sayang dan cinta.


Wednesday, 28 August 2013

Mengapa??

Kadang kala kehidupan penuh dengan warna-warni, ada warna yg m'ceriakan hari-hari kita dan ada pulak warna yang kurang ceriakan hari-hari kita..ada juga pepatah atau orang kata manusia boleh berubah sekelip mata, dan itu yang terjadi pada aku sekarang..aku tahu cinta,kerja atau semua adalah hak masing-masing.Tapi kalau m'permainkan hati perasaan orang lain adakah itu benda baik? atau dipanggil kejam? Paling terkejut orang yang berubah adalah teman yang rapat dengan kita suatu masa dahulu.Kenapa hati perempuan selalu terluka dan tak bernasib baik??
Aku tahu itu semua adalah takdir, adakala takdir amat m'yakitkan hati dan perasaan dan akan terus menusuk dalam jiwa sanubari.Aku juga pernah alami kecewa dalam bercinta, tapi aku gagahkan jua diri untuk teruskan kehidupan aku, sebab aku tak nak mereka-mereka pikir yang aku adalah seorang perempuan yang lemah.Hakikatnya memang aku akui, jiwa meronta dan menangis mengenangkan apa yang terjadi dan mengapa aku yang terpilih.Aku hanya pikir positif, dan chill out.
Semoga aku terus tabah dalam hadapi dugaan dan rintangan yang m'datang, insyaallah.Aku sedih bila dapat tahu kawan sekaum aku "seorang wanita atau perempuan" mgalami benda yg sama yg pernah aku lalui.Kenapa bila perempuan x setia, perempuan akan di labelkan perempuan kejam dan gatal?? kenapa pulak lelaki boleh berubah hati sekelip mata dan meninggalkan wanita yang pernah susah senang bersama? kenapa pulak bila kaum lelaki dah senang atau maju dalam hidup, perempuan yang bersusah payah bersama mereka dibuang dalam hidup mereka bulat2.Tapi aku percaya pada "karma" suatu masa dan ketika semua akan terbalas.

Thursday, 18 July 2013

Orang meroyan comeback !!!


Sekali tgk gambar atas neh, lawak pun ader..gaya stress sangat . . hahaha
last 2 week aku dapat request fren fb dari someone, nasib la aku x terus approved kalau tak stress tahap cipan aku.Bukan stress apa, malas nak mengenangkan kenangan yang lepas mcm lagu 
"Cukup cukup sudah".haha .
Apalah yang dengki atau marah sangat dengan aku neh, patutnya aku yang berada kat tempat dia sekarang ini terbalik, nevermind be cool and relax jer,agaknya memang perangai atau sifat semulajadi macam tuh, so tak boleh nak kata apa la..just wish happy sokmo !!!
Tolong jangan ganggu aku !!! Aku dah ada life baru and cukup bahagia ok !!!

Geng Baru !!!


Tada .kawan baru merangkap officemate baru !!!
Staff gegurl Tom Art, semua comel cute weh . . adik-adik semuanya !!!
Bermula perjalanan baru aku dalam dunia printing, semoga aku dapat banyak ilmu sekaligus dpt teruskan kerjaya aku sebagai businesswoman gitu , insyaallah.

Sunday, 5 May 2013

Segalanya hanpir tamat ....

Assalammulaikum...
lama saya x update blog, dilanda kesibukan dgn kerja-kerja dan rutin harian.
Sibuk uruskan segalan tempahan wedding, wedding saya ntah bila..insyaallah sampai seru dan di temukan jodoh.Aminnn...
June 2013, my ex atau dikenali "Boy" akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya..maybe bukan jodoh kami...even ramai yg cakap muka kami "seiras"istilah tuh semua dah x leh pakai atau percaya 100% atau percaya kata-kata atau janji seorang lelaki bukan semua lelaki ye..hehehe...perkenalan yg singkat dan impian yg musnah untuk bersama..begitulah hancur hati seorang perempuan bila kita m'yangka si dia akan menjadi future husband tp sebaliknya...hanya ALLAH yg tahu.
Redha dgn ketentuan illahi dan berlajar memaafkan si dia walaupun kadang kala rasa seperti diperbodohkan tp sapa kita untuk melawan takdir?? rasa bersyukur dan terima segalanya dgn tenang, insyaallah.
Biarlah segalanya berakhir dan tamat sampai sini..menangis pun x de guna..tp saya akan doakan kebahagiaannya hingga hujung nyawa..jika itu boleh m'bahgiakan dia, saya akur..bkn kecewa tapi itulah jalan kehidupan kita.Tak semua yg kita nak akan kita perolehi..

Friday, 22 February 2013

Feb 2013 yang busy !!!

Perghhh post yang tersangat la busy katakan...hehehe...berakhirnya sudah februari dan welcome march.Bulan 2 2013 adalah bulan yang tersangat busy buat dirku, syukur allhamdulillah aku panjatkan ke yang Maha Kuasa kerana memberikan rezeki yang x terhingga..semoga rezeki aku akan terus melimpah ruah..AMIN.Business HCE semakin maju, dan tempahan buat masa sekarang x putus-putus..walaupun tempahan sikit..tapi aku bersyukur dgn rezeki yang ada..aku selalu berdoa supaya aku dijauhi sifat sombong dan hasad dengki..supaya aku x lupa diri dan belajar erti syukur...insyaallah.Banyak yang aku idamkan utk business aku, aku doa semoga success sokmo !!!

Sunday, 3 February 2013

Sedih : Pilu : Sebak

 

Selamat Hari Ulangtahun Ayah, Selamat Hari Ulangtahun Ayah, Selamat Hari Ulangtahun Ayah
hanya mampu wish dan luahkan kat sini sahaja, bukan lupa atau saja2 lupa tapi terpaksa pendam kan segala-galanya..mampu berdoa dari jauh untuk Ayah.Semoga Ayah diberikan rezeki yang melimpah ruah,kesihatan yang baik dan bahagia bersama yang tersayang.Walaupun hubungan kita renggang tapi hubungan anak dan ayah x kan putus kan?? sbb syela adalah anak ayah dan ayah adalah ayah syela..itu yg tertulis..tapi kita terpaksa berjauh atas sebab2 tertentu dan ini yang terbaik untuk ayah dan juga untuk syela.Syela dah cuba untuk dekat tapi semuanya terhalang..syela x pernah nak benci ayah dan x boleh benci ayah sebab syela tau kebenarannya.Syela mampu memerhati dari jauh..walaupun luaran nampak endah x endah tapi syela ada perasaan sebagai seorang anak..Kita sama2 berdoa semoga ayah dan syela diberikan peluang untuk bersama-sama dan gantikan masa yg terbuang dulu.Syela xde sapa2, arwah mak dah xde dan ayah tetap ayah syela..walaupun mcm2 dugaan yang menimpa syela.

"Selamat Hari Lahir AYAH "

Saturday, 2 February 2013

He ENGAGED ok !!!

Assalammulaikum, selamat pagi pada semua rakan2 blogger ku..cewahh..mukadimah katakan !!!
Semalam  aku xtau samada perasaan aku jelous, frust atau sebaliknya..aptb
Tapi apa yang aku tersangat terkejut, nasib xde  sakit jantung beb..semalam lepas habis kerja aku terus balik x merayap mana..hati x senang je..sementara tunggu shuttle bus, aku belek2 fb..pastu wassup..sekali terkejut beruk aku nampak satu pic wassup sorang mamat tuh "Mr.P"..picture display wassup dia sudah bertukar..apakah benar semua ini dan apa yg aku tengok?? OMG, he engaged already !!!! aargghhhh...
Dengan berani aku taip message dan send kepada Mr.P tersebut sbb nak kan kepastiaan..and he reply to me and say "YES"..stuck kejap aku..xtau nak ckp perasaan ketika itu happy atau sedih..but aku x la feeling sangat kat dia cuma terkezut..hahaha..katanya pilihan mak n family dia, sbb dia banyak kali kecewa and terus accept pilihan mak dia and aku reply "good"..semoga dia bahagia bersama tunang dia, actually aku dgn Mr.P tuh x la couple ok..pernah close and close tp ntah kenapa hubungan agak suram..sbb masa tuh ada gak kawan aku syok kat dia, so aku biasalah menjauhkan diri..masa berlalu dan terus berlalu..finally dia jumpa pujaan hati dia..tp bukan kawan aku tuh tp pilihan mak dia..doakan yg terbaik.


Bila hati ku sayu . . .


Ya Allah, hati aku sayu sangat..tatkala bertemu ayah yg lama aku x ketemu..ini bukanlah jejak kasih tapi realiti sebuah kehidupan yang aku lalui..tika ini dan saat ini aku redha jika ini jalan kehidupan aku.Aku terima segalanya dgn ikhlas..tp x salah kan kalau aku nak nyatakan atau luahkan bahawa aku teramat jelous pada mereka atau teman-teman lain yang mempunyai sebuah keluarga yg sempurna + perfect..Ya Allah jika aku perolehi segalanya, tentu hidup aku bahagia seperti mereka..Aku hanya mampu membawa diri dan berdikari untuk teruskan kehidupan ini.Aku harus tempuhi segala dugaan dan cabaran hidup di luar sana.Aku akui kadang kala aku tersangat lemah dan memerlukan sokongan dari keluarga juga tapi itu semua hanya boleh terjadi dalam mimpi tidur yg terindah..mustahil semua itu akan berlaku, sekiranya diberikan peluang untuk aku dan ayah ku bersama..aku bersyukur ke hadrat illahi dan aku akan hargai peluang tersebut..Aku cuba tersenyum walaupun hakikatnya aku cemburu dgn mereka-mereka yang punya tempat mengadu dan ada sokongan moral dari ayah,ibu dan adik beradik mereka.Ya Allah, aku terima segala ujian yg diberikan pada aku dan selalu berdoa semoga aku diberikan petunjuk ke jalan yg di redhai dan jauhi segala mungkar..insyaallah.

Sunday, 27 January 2013

Allhamdulillah, genap sudah sebulan hari kelahiran aku..masa di berikan nafas di muka bumi ini..so, aku agak lembab utk update my blog pasal my celebration besday u all...xde masa dan masa sangat2 terhad..so sad..
Tahun lepas pada 25/12/2012, aku plan nak celebrate besday bersama kawan-kawan dan akhirnya semua termakbul dan terlaksana dgn lancar sgt2 happy..terasa mcm kanak2 7 tahun..hahaha
Majlis buat dekat Duta Vista Executive kat Jalan Duta, sponsor dari mak dan pakcik aku..terima kasih bangat, sayang korang..muahh (bodek lg..hahaha).Majlis x de la grand mana, simple dan sederhana kalao grand sangat dah mcm majlis tunang plak..oopss !!! tema that day purple+black, sangat sweet tetamu yg datang pakai colour purple+black..jom tengok beberapa gambar yang sempat di upload :-





 
      
    
    
                                        
     
                                       

Friday, 30 November 2012

1 month already, welcome december 2012

Allhamdulillah, syukur masih diberikan nafas di muka bumi ini.Hari neh telah masuk 1st December 2012..amin dan syukur sesgt masih diberikan waktu untuk terus bersama-sama family, sedara dan kawan-kawan.December 2012 datang lagi, bulan dec gak la bulan kelahiran aku..25/12..woww..26tahun already..still single and available (promote sikit)..hahaha..next month sudah masuk tahun baru..so, paling happy this year aku dpt penuhi cita-cita aku, iaitu abiskan study on time dan selamat konvo sudah pada 3.3.2012..amin ya allah, terima kasih kerana telah memenuhi impian hambamu ini..berikan aku kesihatan yg baik dan berikan aku petunjuk ke jalan-Mu..insyaallah.Get ready untuk impian next year 2013..

Wednesday, 28 November 2012

2 DALAM 1 okay !!!


Salam TengahMalam semua blogger's ku..hehehe...gembira sangat aku hari neh..why not kan??
2 dalam 1 okay !!! sapa tak gembira..rezeki datang bergolek eh..apalah yg aku merepek neh..just want to sharing dgn korang semua tentang good news yang aku dapat hari neh..SURAT OFFER LETTER DARI AIA, gitu..mcm dlm pic atas tuh !!! arghhhh...excited sungguh aku, nak rasa bekerja semula..thanks pada kawaku kerana tlg menyimpan surat keramat ini..insyaallah, aku dpt sesuaikan diri dan jalankan tugas dgn baik,cemerlang dan gemilang..walaupun ada sikit nervous sebab mama xtau lagi..sob sob sob..jom kita tgk good news kedua aku lak !!!


ehem ehem..nampak nama Hunny Creations Event tuh...jeng jeng jeng !!! Ya ALLAH syukur ke hadrat illahi atas rahmat dan rezeki yg diberikan..insyaallah aku dpt lakukan yang terbaik..baru permulaan dalam kehidupan aku, at least aku mencuba untuk diri sendiri dan sekaligus ianya merupakan asset untuk diri aku sendiri..semoga aku mendapat berkat doa dari family, sedara dan kawan-kawan..terima kasih pada mereka yang banyak membantu..

Monday, 26 November 2012

berhijab..insyaallah


Adakah ianya akan terus berkekalan hingga ke jannah?? aku pohon dan doa semoga hatiku kuat untuk terus berhijab..ramai yg terkejut dgn perubahan aku dan ada yg cakap perubahan aku begitu drastik.Apapun semuanya lahir dari hati sendiri..kak suriza ada tanya, kenapa aku berhijab?? aku terdiam dan m'jawab.." diri sendiri yg nak berubah dan berhijab bukan untuk sesiapa" kak suriza terus ucap allhamdulillah.x salah berhijab tapi berfesyen kira mcm up to date la..mestilah kan..itu kan imej setiap orang dan melambangkan keperibadiaan seseorang itu.Allhamdulilah, sekarang aku berhijab terutama g bekerja kerana itu adalah salah satu sebab aku nak biasakan memakai hijab..tapi btol org cakap, bila kita berhijab orang sekeliling ada perasaan respect kat kita..maksud aku, xde lah jejaka2 kat luar sana dok "siut" dan penting rasa selamat je sebab semua tertutup..kalo dulu aku akui orang kacau2 sebab tgk kecantikkan seorang perempuan tuh..

Thursday, 22 November 2012

di kala lepaking


Selamat tengah/hari, lewat benor masuk office hari neh..nasib partime kalau fulltime matilah aku..hehe..semalam lepaking dengan bdk2 sekolah menengah, semua unplan..kul 3 gitu baru balik...ya allah liat benor nak bangun pepagi tadi..rasa mcm nak tido dan tido..alahai badan janganlah manja sangat dgn daku..mcm2 yg diborak dan paling best sesi bahan-m'bahan lagi..pasal "instagram" pun leh jadi bahan..lawak bebenor..apapun persahabatan x terputus kalau kita belajar m'hargai sapa kawan kita...it's true kan?? ada masa terluang boleh la join sekaki..kalo pack dgn activities lain mmg x dptlah..

Wednesday, 21 November 2012

Istanbul lagi


Perghh..menarik dan tertarik the bbommm...hahaha.
layan abis citer istanbul aku datang !!!! rasa nak tgk dan tgk lagi... hahaha
suka suka dan sukanya saya dpt tengok citer komedi plus romantika..
cute je lisa surihani a.k.a wife kepada yusry kru neh...sweet plus comel sgt..
paling best ayat dia " x sabar x sabar " " publish" hahahaha
story more to about love atau long distance..lastly dpt cinta baru kat istanbul, so sweet..
kalau u all x tengok lg...g la layan best dan x rugi pun..lgpun bukan citer cinta sangat pun.

Friday, 26 October 2012

Suatu ketika dan kini

Aku seorang yang kecik molek orangnya even orang asyik cakap aku "pendek", tapi aku bersyukur kerana memiliki semua kesempurnaan kecuali ketinggiaan, xdelah pendek sangat kot (nak sedapkan hati,haha).Aku punya ramai kawan-kawan yg sentiasa mengambil berat dan menyayangi aku, aku juga amat sayang kawan-kawan aku..Aku anak tunggal, mak aku dah meninggal tika aku berusia 27hari..maka aku xpernah kenal atau jumpa arwah mak aku, tapi aku tau mak aku seorang yang kuat dan tabah.Nenek aku ckp, mak seorang yang sangat rajin bekerja dan baik..so tempias tuh adalah kat aku..sometimes aku rasa jeles dgn orang lain yang ada mak, yelah boleh manja2 dan gedik2 dgn mak dorang..aku pulak hanya mampu simpan dan pendam sahaja.Ayah aku seorang yang baik, tapi aku terpaksa jauhkan diri aku..walaupun seinci sbb untuk melihat ayah aku bahagia, aku lakukan.Kini usia aku dah 26 tahun, tp aku masih rasa mcm baru semalam dilahirkan.Zaman kecik-kecik korang mesti best kan?? Zaman kecik aku penuh dgn kepahitan dan kegelapan dan aku sendiri x percaya masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, tp adakalanya aku rasa x larat sangat2, penat sgt untuk menjaga hati orang lain sehingga hati aku mcm dah jadi batu belah batu bertangkup.Seriusly aku jeles tgk orang lain ada perfect family, ada mak dan ayah..kejayaan korang mesti dapat dikongsikan bersama.Aku plak, hanya senyum dan x dpt nak luahkan apa yang terbeku.Aku doa suatu masa, ALLAH berikan kesempatan untuk aku rasa kasih sayang dari ayah aku yang telah lama hilang.Kami mcm dah jauh sangat.Aku dah usaha, selebihnya biarlah ALLAH yang tunjukkan.Tapi aku selalu berdoa semoga aku dijauhkan perasaan dendam pada ayah aku, sebab aku xnak jadi anak derhaka..kalo nak ckp soal TERASA HATI atau MAKAN HATI semua tuh dah mcm makan minum aku..aku xtau kenapa jalan hidup aku sudah tertulis mcm neh..tapi aku redha dan x baik merungut.Kalau diberikan peluang, aku nak hidup berdua sahaja dgn ayah aku..aku xnak ada orang ke-3..aku nak ssh senang bersama ayah dan suka duka bersama..tapi aku tahu itu semua hanya mimpi atau citer dongeng.Aku paling hiba time meniti hari kelahiran aku, tiada wish dari ayah..tapi aku kena pikir kenapa ayah aku jadi macam tuh?? Aku x boleh nangis, aku kena kuat dan tabah..sebab ini adalah jalan kehidupan aku..aku tahu kalo perempuan lain ditempat aku, belum tentu mampu untuk teruskan kehidupan..tapi inilah realiti sebenar kehidupan aku, tersenyum dan gembira disebalik senyuman.

Happy AidilAdha 2012


26.10.2012 seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.Kedatangan Hari Raya Aidiladha kali neh disambut serba sederhana..allhamdulillah aku masih bernafas di muka bumi dan diberikan nikmat sehingga ke hari neh.. aku xtau kenapa Hari Raya kali neh aku lebih suka bawa diri dan menyepi, terlalu banyak aku tanggung sehingga x tertanggung rasanya..insyaallah, aku mesti kuat dan tabah.Biarlah apa orang nak kata, aku doa suatu masa semua akan terbukti..aku pohon pada-Mu.
Pagi-pagi Raya aku dah bangun dan bersiap2 untuk ke rumah nenek aku kat Kampung Pandan, nasib baik Mar nak temankan aku..aku naik teksi dari Pandan Indah, aku dah xnak m'yusahkan sapa2..Tapi x dpt ikut serta ziarahi pusara mak, sbb kete x muat..xpelah insyaallah tahun depan aku ada kete dan x harap pada sesiapa pun.Aku takut ada yg pandang rendah pada aku, tapi ALLAH Maha Kuasa, insyaallah aku dapat apa yang aku idamkan, cuma cepat atau lambat sahaja.

Sunday, 14 October 2012

Maaf kiranya . . .

Akhirnya, aku x dapat bertahan lagi..
Teruk sangatkah aku dipandangan mata dia? Aku cuba perbaiki apa yang perlu..?
Kenapa kemanisan hanya sekejap aku rasakan, kepahitan akan kekal di sanubari . .
Ya Allah, adakah ini dugaan yang harus aku lalui lagi?? Aku seakan lemah sangat x berdaya...
hanya airmata tempat aku luahkan semuanya, berikanlah aku kekuatan dan ketenangan untuk terima semua dan redha atas segala ujian yang melanda diriku.Aku takut kiranya aku x dapat berfikir secara rasional dan bertindak bodoh, insyaallah aku minta semua itu dijauhi.
Kadang-kadang aku terpikir kenapa jadi mcm neh?
Adakah disebabkan dosa-dosa lepas aku? Adakah sebab aku terlalu baik?
semua menjadi tanda tanya pada diri aku, aku pun x mengerti kenapa dan mengapa?
Aku sukar mencari kebahagiaan untuk diri aku sendiri, luaran semua tgk aku tersenyum dan bertuah kerana disekeliling teman-teman yang baik dan mengambil berat.Tapi di dalam hati aku xde sapa mengerti, sebab aku x reti m'luahkan apa yang terpendam.

Thursday, 4 October 2012

Padam Memori . . .

 Lagi sebulan, hari kelahiran aku . . . cukup m'gingatkan aku pada someone yg pernah aku berikan hati ini kat dia..tp semuanya hanya sementara dan lenyap begitu sahaja.Aku redha jika perkenalan dan hubungan hanya sementara, adakala kenapa sukar untuk aku perolehi kebahagiaan.Kadangkala kita dah berusaha untuk menjadi yg terbaik dan berdoa semoga dapat bersama si dia hingga akhir hayat..tp itu semua impian belum tentu realiti..segalanya berubah selepas sehari menyambut kelahiran ku pada tahun lepas.Aku ingat dialah cinta hati terakhir aku, rupanya bukan..insyaallah, ada sebab kenapa semua ini terjadi......
 even banyak kenangan yg x dpt dilupakan, hanya sematkan di sanubari dan doakan semoga di bahagia dengan apa yg dia pilih..suatu masa kita akan berjumpa jua.Terima kasih kerana meninggalkan semua kenangan yg sangat sweet walaupun hanya seketika bersama, tiada apa yg mampu untuk aku buat..segalanya telah tertulis.
Terima kasih sekali lagi kerana m'bahagiakan aku dan menjaga aku sebaik-baiknya, ada ketika rasa terkilan tp hidup perlu diteruskan.Segala perancangan dan impian utk bersama hanya dlm mimpi...

citer pasal kawen lagi !!!



Pejam celik, mata buka . .hahaha
fuhh !!! pack giler hujung tahun dgn tempahan, 
syukur rezeki yg telah diberikan..amin
paling best tempahan next week pun dah ada...
thank u so much to my customer..
mcm x sangka plak, menjadi bisnes yang aku 
buat..terima kasih sgt2 pada sokongan kawan2 semua..
yg rekemen dan ada yg sudi buat tempahan..xtau nk ckp apa lg, harap rezeki akan bertambah dan aku dpt meningkatkan kualiti perkhidmatan, insyaallah..sayang sgt aku dgn nama hunnycreations event.nice name..